Tuesday, August 18, 2009

Hangaaat!!!

assaalamualaikum...

pokaba blako oghe kito???

harap2 kito semo sehat wal afiat n jauh dari segala bala...
termasuk H1N1..

loni ado 2 program yang perlu kito laksanakan iaitu:

1-Program buko poso
2-Program Aidilfitri & AGM skali(2 in 1)

cadangan Program buko poso:

-tempat: Asrama Bakti Anak Yatim, Machang
tarikh: 18 sept 2009/ 28 ramadhan 1430
masa : 3.00-10.00PM

problem bagi mnjayakan program ni skare ialah:

-dana/sumbangan masih sedikit/belum mencukupi
(kertas keerja sudah dihantar kepada pihak yang berkenaan)

-tak dpt kata putus lagi daripada pihak Asrama Bakti tentang tarikh yang kita cadangkan.

BACK UP PROGRAM
kalu program buko poso bersama anak2 yatim dibatalkan,
kito buat program buko poso nga member2 alumni jo lah..
kalu xjadi jugok....
maka kito buko poso lah bersama keluarga masim2..



cadanagan Program Aidilfitri:

Tempat: Sek. Keb Kubang Kiat
Tarikh: 3 Syawal 1430H
Masa : 10.00AM-12.00PM



Okay lah kawan2..

panjang umur murah rezeki kito jumpa lagi.

ilal liqa..ma'assalaamah.

always keep in touch..

Tuesday, August 4, 2009

Ramadhan Al-Mubarak kian menjelma!!!!!!

Assalamualaikum kepada sahabat semua..

Pada Ramadhan tahun ini persatuan kita bercadang untuk menjalankan Program Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim d Machang Kelantan.

Tarikh: 18 September 2009/ 28 Ramadhan 1430H
Masa : 2.00-10.00PM
Tempat: Asrama Bakti, Machang, Kelantan

Tujuan program ini adalah untuk mengenali dan menyelami kehidapan anak-anak yatim disamping mengeratkan ukhuwah antara ahli Alumni S3K.

Ada diantara ahli kita yang telah mencadangkan untuk mengutip minimum Rm20 daripada setiap ahli untuk menampung kos perbelanjaan program tersebut yang dianggarkan sebanyak RM 800.

Memandangkan kita masih kekurangan dana untuk program tersebut, pihak penganjur mengalu-alukan cadangan dan sumbangan daripada ahli-ahli dan masyrakat amnya.

Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai.

"kerjasama untuk semua"

MOTIVASI

Untuk meransang perubahan dari dalam diri, ikuti 5 langkah yang disarankan oleh Dr Fadzilah Kamsah dan Fadzli Yusof, iaitu :

Step 1 : Membuat Muhasabah Diri.

Step 2 : Menetapkan Azam.

Step 3 : Mentapkan Matlamat.

Step 4 : Merancang Strategi.

Step 5: Komited dan Konsisten.

Saya percaya setelah selesai membaca buku ni, Anda berazam untuk merubah diri ke level yang lebih baik dari yang sebelumnya. Pilih untuk menjadi orang yang positif dan menjadi orang yang bersangka baik, kerana itu adalah tabiat orang-orang berjaya. Jika sikap tersebut membawa mereka ke arah kejayaan, ia boleh buat perkara yang sama pada Anda juga.

Merubah diri bermula dengan niat, disiplin dan kesungguhan. Perlu ada satu faktor yang benar-benar "membakar" supaya dapat meledakkan api motivasi dari dalam diri yang akan hadir bila diransang dengan penuh bersemangat. Perubahan perlu bermula dari dalam minda, kita perlu bersangka baik pada semua orang, situasi, benda mahupun perkara.

Kedua, jangan sombong untuk meminta maaf pada orang lain dan jangan belakangkan ibu bapa, restu mereka sangat mujarab untuk perubahan sikap Anda. Ketiga, niatkan Anda mahu berubah supaya Anda dapat mengecap kecemerlangan dalam kerjaya, kewangan, tahap intelektual, sosial dan kekeluargaan.

Keempat, (ini yang paling penting) Anda mahu berubah kerana Anda mahu memperlihatkan kepada orang di sekeliling Anda yang Anda lebih baik daripada yang dulu, lalu mewujudkan rasa bangga dalam diri Anda. Kita merasa bangga bila ada orang memuji perubahan kita, kecemerlangan kita dan pencapaian diri kita, jangan sampai riak pula.

Sebelum tidur, sebut dalam hati "aku maafkan semua orang yang menyakitakan hati aku hari ini, esok dan sampai bila-bila, pergilah, aku dah maafkan kamu".. lafaz dalam hati dengan nada berbisik dan hadirkan rasa kemaafan seikhlasnya, sehingga rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam diri Anda, seikhlas yang mungkin, sedalam yang mungkin, sejauh yang mungkin.

Bayangkan wajah-wajah yang menyakitkan hati kita, maafkan mereka dengan ikhlas dan bila bangun esok lagi, Anda akan jadi bersemangat, teruja dan rasa ada motivasi. Semangat motivasi akan hadir bila adanya kemaafan dari hati yang ikhlas, seikhlas-ikhlasnya.

Jika Anda susah nak memaafkan orang lain, fikiran Anda sebenarnya negatif dan Anda memang susah nak berubah menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik, lebih positif dan lebih maju. Kalau boleh fokus pada nilai-nilai positif yang ada pada setiap orang, dengan itu ia akan menarik fikiran positif dari orang lain juga pada Anda. Fikir negatif, tarik yang negatif juga jawapnya.

Saya tahu bunyinya sedikit bodoh (eh, orang buat jahat ngan kita takkan kira nak buat baik pula? Gila ke apa?) tapi ia berkesan untuk kecemerlangan jangka masa panjang. Jika kita asyik berfikiran begitu, bangsa kita takkan maju kerana kita asyik bertelagah dengan diri sendiri dan orang lain.

Hidup lebih indah bila Anda memilih untuk menjadi orang yang bersikap positif.
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template