Tuesday, August 4, 2009

MOTIVASI

Untuk meransang perubahan dari dalam diri, ikuti 5 langkah yang disarankan oleh Dr Fadzilah Kamsah dan Fadzli Yusof, iaitu :

Step 1 : Membuat Muhasabah Diri.

Step 2 : Menetapkan Azam.

Step 3 : Mentapkan Matlamat.

Step 4 : Merancang Strategi.

Step 5: Komited dan Konsisten.

Saya percaya setelah selesai membaca buku ni, Anda berazam untuk merubah diri ke level yang lebih baik dari yang sebelumnya. Pilih untuk menjadi orang yang positif dan menjadi orang yang bersangka baik, kerana itu adalah tabiat orang-orang berjaya. Jika sikap tersebut membawa mereka ke arah kejayaan, ia boleh buat perkara yang sama pada Anda juga.

Merubah diri bermula dengan niat, disiplin dan kesungguhan. Perlu ada satu faktor yang benar-benar "membakar" supaya dapat meledakkan api motivasi dari dalam diri yang akan hadir bila diransang dengan penuh bersemangat. Perubahan perlu bermula dari dalam minda, kita perlu bersangka baik pada semua orang, situasi, benda mahupun perkara.

Kedua, jangan sombong untuk meminta maaf pada orang lain dan jangan belakangkan ibu bapa, restu mereka sangat mujarab untuk perubahan sikap Anda. Ketiga, niatkan Anda mahu berubah supaya Anda dapat mengecap kecemerlangan dalam kerjaya, kewangan, tahap intelektual, sosial dan kekeluargaan.

Keempat, (ini yang paling penting) Anda mahu berubah kerana Anda mahu memperlihatkan kepada orang di sekeliling Anda yang Anda lebih baik daripada yang dulu, lalu mewujudkan rasa bangga dalam diri Anda. Kita merasa bangga bila ada orang memuji perubahan kita, kecemerlangan kita dan pencapaian diri kita, jangan sampai riak pula.

Sebelum tidur, sebut dalam hati "aku maafkan semua orang yang menyakitakan hati aku hari ini, esok dan sampai bila-bila, pergilah, aku dah maafkan kamu".. lafaz dalam hati dengan nada berbisik dan hadirkan rasa kemaafan seikhlasnya, sehingga rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam diri Anda, seikhlas yang mungkin, sedalam yang mungkin, sejauh yang mungkin.

Bayangkan wajah-wajah yang menyakitkan hati kita, maafkan mereka dengan ikhlas dan bila bangun esok lagi, Anda akan jadi bersemangat, teruja dan rasa ada motivasi. Semangat motivasi akan hadir bila adanya kemaafan dari hati yang ikhlas, seikhlas-ikhlasnya.

Jika Anda susah nak memaafkan orang lain, fikiran Anda sebenarnya negatif dan Anda memang susah nak berubah menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik, lebih positif dan lebih maju. Kalau boleh fokus pada nilai-nilai positif yang ada pada setiap orang, dengan itu ia akan menarik fikiran positif dari orang lain juga pada Anda. Fikir negatif, tarik yang negatif juga jawapnya.

Saya tahu bunyinya sedikit bodoh (eh, orang buat jahat ngan kita takkan kira nak buat baik pula? Gila ke apa?) tapi ia berkesan untuk kecemerlangan jangka masa panjang. Jika kita asyik berfikiran begitu, bangsa kita takkan maju kerana kita asyik bertelagah dengan diri sendiri dan orang lain.

Hidup lebih indah bila Anda memilih untuk menjadi orang yang bersikap positif.

0 comments:

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template